Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

MB Terengganu lawat Saleem

9 JULAI: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkesempatan melawat penyanyi rock 90 an, Saleem yang terlantar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras pada tengah hari tadi.

Razif meluangkan masa hampir dua jam bersama Saleem atau nama sebenarnya, A M Saleem Abdul Majeed, 55.

Turut berada di sisi penyanyi Suci Dalam Debu itu adalah isterinya, Julia Bachok.

Selepas diberi penerangan mengenai kesihatan penyanyi itu, Razif meminta keluarga Saleem bersabar dengan dugaan dihadapi.

“Saleem adalah penyanyi idola ramai, kehebatannya banyak mengharumkan nama Terengganu hingga negara seberang.

“Kerajaan negeri akan melihat bantuan yang boleh disalurkan untuk meringankan beban dihadapi Saleem. Kami akan sentiasa mendapatkan perkembangan terkini daripada pihak hospital,” katanya.

Razif berkata beliau akan berbincang dengan Persatuan Anak-Anak Terengganu dan karyawan bantuan sewajarnya kepada bekas penyanyi kumpulan Iklim itu.

“Apa yang diharapkan, peminat dan masyarakat dapat mendoakan kesejahteraan dan Saleem segera sembuh,” katanya.

Sementara itu, Julia berkata, suaminya berasa gembira dengan kunjungan Menteri Besar negeri asalnya.

“Saya bersyukur Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Terengganu mahu membantu daripada segi perubatan dan masalah kami.

Julia berkata, dana amat diperlukan berikutan Saleem akan menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada bahagian testis yang kian membesar.

“Pembedahan dan rawatan susulan membabitkan kos antara RM50,000 hingga RM70,000 mengikut tahap kesihatan Saleem.

“Selain itu, kos akan menjadi lebih tinggi jika Saleem dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Saya diberitahu ia mungkin mencecah RM70,000,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 July 2017 7:19 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: