Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

MB Terengganu sedia disiasat SPRM

22 FEB : Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan projek kerajaan di neeri itu sebagaimana didakwa pembangkang.

“Saya sedia disiasat SPRM…saya serahkan kepada SPRM untuk selesaikan masalah ini,” katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan masyuarat agung Persatuan Ibu Bapa Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok di sini, Sabtu.

ahmadsaid

Ahmad…akan beri kerjasama

Dalam pada itu katanya, tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi membuat laporan SPRM tidak lebih sekadar permainan politik.

Ahmad berkata, beliau akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM untuksiasatan itu.

Pada Jumaat, Syed Azman bersama Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail yang juga Adun Bandar dan Anggota Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin ShahRaja Ahmad menyerahkan apa yang didakwa sebagai dokumen berkaitan salah laku dan penyelewengan kerajaan negeri itu kepada SPRM di Kuala Lumpur.

Beliau menyerahkan enam dokumen yang berkaitan dengan isu Pasar Payang, pembalakan, perlombongan, Lebuhraya Pantai Timur 2 dan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 February 2014 7:49 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: