Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

MB Terengganu sertai operasi menyelamat bas dalam air

14 MAC: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman telah menyertai operasi menyelamat pada waktu kecemasan dan ujian keupayaan badan bas serta laluan didalam air.

Operasi tersebut telah dibuat tengah Sungai Terengganu bersama “Amphicoach”.

Ia melibatkan bahagian Teknikal Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan BOMBA dan Penyelamat (BOMBA), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Pelancongan negeri adalah dirancang khas bagi menangani waktu kecemasan.

Ketua Makanikal JKR Negeri Norhisham Launah, berkata simulasi yang dibuat berjaya dan berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancang.

“Kita berbangga kerana Datuk Seri Menteri Besar berani menyahut cabaran serta sanggup untuk bersama-sama semasa simulasi dilangsungkan.” katanya dalam satu kenyataan.

Terdapat 6 faktor yang diambil kira dalam sesi simulasi ini.

Bas Amphicoach ini diapungkan selama sejam di atas air dalam keadaan enjin dimatikan.

Simulasi terbabit telah membuktikan bas amphicoach ini berada dalam ‘high safety level’ ketika di air dan di darat.

Selain itu, pintu bas boleh dibuka dengan sempurna, bagi membolehkan penumpang keluar dengan selamat dalam situasi kecemasan.

Kedudukn bas juga tidak tenggelam walaupun dalam keadaan enjin mati selama lebih satu jam dan ia dapat di tarik (towing) hanya dengan bantuan sebuah bot sahaja.

“Setelah sampai di jeti (ramp/slipway) Muzium Negeri di Losong Feri, bas dapat dihidupkan semula tanpa bantuan mana-mana kenderaan dan bas dapat bergerak pulang ke Depo JKR mekanikal dengan selamat dan lancar,” ujarnya lagi.

Menurut Ketua Pegawai Korporat yang berpengalaman dalam bidang pengurusan Bas Cas Ligas dan keselamatan, Hj Wan Adnan Wan Derahaman, berkata Menteri Besar berani  mementingkan keselamatan.

“Beliau sanggup mencuba sendiri Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dicadangkan walaupun ini adalah kali pertama SOP ini dijalankan.” katanya yang berpuas hati dengan SOP yang diperkenalkan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 March 2018 4:53 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: