Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

MBKT cabut 1,000 bendera parti politik

12 APRIL: Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) hari ini menurunkan lebih 1,000 bendera parti politik pelbagai saiz yang dipasang tanpa kebenaran di sekitar bandaraya itu.

Datuk Bandar, Samiun Salleh berkata notis larangan pemasangan bendera parti di tempat awam terutama di kawasan berisiko sudah dikeluarkan kepada semua pemimpin parti politik.

“Tindakan diambil mengikut Undang-Undang Kecil Akta Pilihanraya dan Perintah 6 (1), Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Iklan Pilihan Raya) 1990.

“Sebenarnya pihak kami sudah memanggil semua pemimpin politik tempatan dan memberi penjelasan mengenai lokasi dilarang untuk pemasangan bendera.

“Tetapi malangnya masih ada pemimpin politik yang gagal mematuhi peraturan menyebabkan kita terpaksa bertindak menanggalkan bendera parti,” katanya dipetik.

Menurut Samiun, berdasarkan peraturan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bendera parti sepatutnya hanya mula dipasang sehingga hari penamaan calon iaitu pada 28 April depan.

“Parti politik juga perlu membayar wang deposit bahan kempen pilihan raya sebanyak RM5,000 untuk kawasan Parlimen dan RM3,000 bagi kawasan DUN,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 April 2018 4:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: