Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

MCA berazam rampas Parlimen Gopeng

11 JUN: MCA bertekad merampas kembali kerusi Parlimen Gopeng pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Beliau berkata Parlimen Gopeng merupakan antara kubu kuat MCA dari tahun 1986 hingga 2004 yang terlepas ke tangan pembangkang pada PRU 2008.

Menurut Ka Chuan kemenangan itu tidak mustahil untuk dicapai jika semua jentera bekerja keras serta memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada calon serta parti.

“Pada tahun 1986, bekas presiden MCA, Datuk Seri Tan Koon Swan menang di Parlimen Gopeng, jejak itu kemudiannya diteruskan oleh Tan Sri Dr Ting Chew Peh hingga tahun 2004 iaitu pada PRU11.

“Jadi, tak mustahil kemenangan boleh kita capai sekiranya ada usaha yang jitu melibatkan sokongan daripada ahli parti dan masyarakat sekitar Parlimen ini,” katanya selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan MCA Gopeng di Ipoh, hari ini.

Parlimen Gopeng disandang oleh Lee Boon Chye dari PKR sejak dua penggal lalu.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 June 2017 4:03 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: