Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

MCA desak DAP berani sanggah PKR

27 FEB: DAP dicabar agar menuntut hak ke atas jawatan Menteri Besar Selangor kerana parti itu lebih layak menuntut kerusi itu selepas memenangi 15 kerusi DUN berbanding 14 oleh PKR pada pilihan raya umum lalu.

“DAP sepatutnya mempunyai keberanian bekerjasama dengan PAS untuk melobi jawatan MB daripada PKR yang angkuh,” kata Setiausaha MCA Selangor, Ng Chok Sin.

Seksyen 51(2) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor menyatakan seorang menteri besar haruslah “berbangsa Melayu dan beragama Islam” menyebabkan Ng menyarankan DAP bekerjasama dengan  PAS kerana tiada satupun dari 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP di negeri itu berketurunan Melayu atau beragama Islam.

“Saya mendesak DAP lebih berani kali ini, berhenti mengecewakan pengundi Selangor serta berkata tidak kepada PKR sambil berlawan untuk jawatan MB untuk parti itu,” kata beliau dalam kenyataan.-bnbbc.my

MCADAP

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 February 2014 12:57 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: