Kategori Berita Utama

MCA: Jangan sibuk jadikan Ayer Hitam sebagai kayu ukur

29 JAN: Tindakan pembangkang menjadikan parlimen Ayer Hitam sebagai kayu ukur kejayaan mereka sebelum merampas Putrajaya adalah tindakan terdesak untuk meraih simpati pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong berkata  Pakatan Harapan (PH) sepatutnya tidak perlu berbuat demikian jika benar-benar yakin bahawa kemenangan itu akan berpihak kepada mereka.

“Kalau mereka betul yakin akan boleh rampas Putrajaya nanti, tak payah la sibuk untuk buat Ayer Hitam sebagai kayu ukur mereka. Tunggu sahaja hari kemenangan mereka.

“Tapi kenapa mereka lakukan semua ini? Sebab mereka terdesak untuk yakinkan pengundi mereka. Nak naikkan semangat mereka sahaja, ” katanya Ahli Parlimen Ayer Hitam itu kepada BNBBC. My portal.

Ka Siong mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada Ahad yang membayangkan bahawa kerusi Ayer Hitam bakal menjadi kayu ukur bagi PH untuk merebut Putrajaya dan Johor pada pilihan raya umum akan datang.

DAP dilaporkan  bersetuju meminjamkan kerusi berkenaan kepada PAN yang dijangka meletakkan calon terkuat mereka.

Antara nama yang dikaitkan adalah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Dr Hatta Ramli.

Bagainanapun Ka Siong yang menyandang kerusi Ayer Hitam sejak 2004 secara ringkasnya berkata beliau amat mengenali masyarakat di situ yang tidak menyukai pemimpin bermusim sekaligus tidak menunjukkan keikhlasan dalam melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat.

Pada masa sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu turut menyindir kenyataan Kit Siang yang disifatkan sebagai taktik untuk mengalih pandangan orang ramai daripada isu pembinaan terowong oleh Kerajaan Pulau Pinang yang diterajui anaknya, Lim Guan Eng.

“Pada saya mereka hanya cuba untuk mengalih pandangan orang ramai terhadap isu sebenar.

“Saya sebelum ini mengkritik kuat tentang isu terowong di Pulau Pinang, jadi ini lah taktik mereka,” katanya lagi.

Terowong dasar laut sepanjang 7.2km itu akan menghubungkan Jalan Pangkor di George Town dan Bagan Ajam di Butterworth. Pembinaannya dijadualkan bermula 2023.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan menahan beberapa individu termasuk bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan dalam projek berkenaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 January 2018 2:42 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: