Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

MCA optimis mampu menang 15 kerusi PRU14

5 NOV : MCA yakin mampu menang 15 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata keyakinannya yang optimis itu kerana melihat kepada akar umbi bahawa komuniti Cina mula kembali memberi kepercayaan kepada parti itu berbanding pada PRU sebelum ini.

“Memang kita harap dapat menggandakan jumlah (Ahli Parlimen MCA) sedia ada dan yakin MCA mempunyai kemampuan berdasarkan usaha, gerak kerja dan perkhidmatan dilaksanakan di kawasan MCA sejak lebih tiga tahun lalu.

“MCA memahami keperluan dan kehendak kaum Cina. Kami sedia untuk menggempur dan memenangi semula kerusi yang kami tewas dalam PRU lalu.

“Kami menjalankan tinjauan di peringkat akar umbi hampir setiap minggu dan setiap bulan. Kami yakin undi kaum Cina kembali, kami optimistik undi mereka akan kembali,” katanya pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-64 di Wisma MCA, Ahad.

Turut hadir, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Kenyataan beliau itu sebagai respon daripada amanat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu MCA menang sekurang-kurangnya 15 kerusi Parlimen pada PRU14 bagi mengukuhkan kembali kedudukan parti itu dalam kerajaan.

Tiong Lai juga yakin pembangkang, khususnya DAP akan dapat ditewaskan pada PRU akan datang kerana kebanyakan pengundi Cina sudah kecewa dengan parti itu yang gagal untuk mengotakan janji.

“DAP sudah terlalu banyak bermain politik dengan rakyat. Kali ini, DAP akan tumbang. Mereka tidak akan berjaya kerana telah gagal membawa kepercayaan yang diberi komuniti Cina sebelum ini. Mereka gagal dengan teruk sekali.

“Mereka gagal dengan teruk sekali kerana terlalu banyak janji pada komuniti Cina yang gagal ditunaikan,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 November 2017 10:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: