Kategori Berita Utama

MCA tuntut SPR ambil tindakan ceramah awal sebelum 11 Mac

9 FEB: MCA akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengambil tindakan terhadap pihak-pihak tertentu yang didapati telah berkempen lebih awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang.

Mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya, adalah satu kesalahan berkempen sebelum hari penamaan calon.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tindakan perlu diambil ekoran pihak terbabit telah melanggar peraturan pilihan raya yang ditetapkan SPR.

leongtonglai

Tiong Lai…SPR perlu tegas

Kata beliau lagi, pihaknya telah menerima banyak aduan daripada MCA bahagian yang memberitahu berlakunya kempen awal oleh pihak-pihak tertentu bagi kawasan PRK Kajang.

“Mereka (cawangan MCA) telah melahirkan rasa tidak puas hati ekoran berlakunya pelanggaran peraturan pilihan raya bagi PRK DUN Kajang ini.

“Saya rasa SPR memang tahu tentang perkara ini dan mereka perlu ambil tindakan kepada sesiapa yang telah bertindak tanpa mempedulikan peraturan,” katanya pada sidang Media di Kajang.

Tiong Lai memberitahu, perkara itu tidak sepatutnya berlaku apatah lagi berlarutan kerana penamaan calon hanya ditetapkan 11 Mac nanti.

Setakat ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudah mengumumkan akan bertanding di PRK kawasan berkenaan mengadakan ceramah hampir setiap hari di kawasan perumahan.

Dalam perkembangan sama, Tiong Lai menjelaskan, MCA mempunyai misi penting dalam PRK DUN Kajang kali ini iaitu dengan menumpukan agenda mendekati rakyat. 

anwarkempenkjg

Anwar dalam satu siri ceramah atau kempen di Kajang minggu lalu

Ini kerana katanya, agenda seperti itu dapat dilihat di Selangor apabila pemerintah hilang dan tidak mempedulikan rakyat selepas menang dalam pilihan raya.          

“Kita lebih berminat untuk mendekati rakyat dan berkhidmat terhadap mereka.

“Kita berkhidmat bukan untuk pilihan raya tetapi bukan sahaja di Kajang tetapi di semua negeri. Ini adalah komitmen MCA,” ujarnya-bnbbc.my.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 February 2014 9:05 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: