Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

MCA yakin pengundi Cina kembali sokong kepada kerajaan

25 FEB: MCA yakin dapat meraih sokongan tambahan daripada pengundi Cina pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) berdasarkan sambutan memberangsangkan yang diberi masyarakat itu kepada parti, khususnya di kawasan bandar.

Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata gelombang sokongan pengundi Cina itu jelas kelihatan selepas mereka sedar tiada keberhasilan serta perkembangan yang ditunjukkan sepanjang dua penggal menyokong DAP.

“Jelas kelihatan di Kuala Lumpur ini, ramai kaum Cina telah balik ke pangkuan MCA kerana sudah sedar dan jelas bahawa DAP tidak dapat nak beri sumbangan kepada rakyat walaupun sudah 10 tahun mereka pegang kawasan-kawasan di sini.

“Kita sangat yakin soal itu. Saya telah meninjau dan bertanya kepada masyarakat di akar umbi. Kami bersalaman dan dapat merasai sokongan padu. Mereka (pengundi) juga berkata inilah masanya (PRU 14) undi akan datang kepada MCA dan Barisan Nasional,” katanya.

Tiong Lai bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2018 peringkat Wilayah Persekutuan dan Bahagian Tun Razak hari ini.

Sambutan perayaan itu dimeriahkan lebih 3,000 penduduk sekitar kawasan berkenaan yang turut disertai kaum Melayu dan India, mencerminkan semangat bersatu di kalangan rakyat di negara ini.

Tiong Lai yang juga Menteri Pengangkutan berkata MCA gigih meraih kembali kepercayaan rakyat agar dapat bersama-sama memberi fokus terhadap agenda transformasi Kuala Lumpur menjadi ‘Greater KL’ untuk pembangunan ekonomi dan kemajuan negara.

“Dalam ucapan saya tadi saya ajak orang ramai dan semua penduduk agar beri kekuatan kepada MCA untuk kemajuan yang lebih pesat. MCA dalam pentadbiran negara yang mempunyai kuasa dan resources lebih besar.

“Sebab itu saya ajak kaum Cina memberi sokongan padu agar kita dalam kerajaan dapat guna sumber-sumber yang ada bagi membantu mereka semula. Kalau undi DAP maknanya rakyat letak kuasa mereka (sebagai pengundi) kepada yang luar daripada ‘corridor of power’,” jelasnya.

Tiong Lai menambah bahawa kerajaan tidak sesekali membezakan antara kaum Cina, Melayu atau India kerana mengamalkan semangat kebersatuan dan keharmonian.

“Keseluruhannya menjelang PRU tidak lama lagi, sokongan akan lebih kuat kepada kita (kerajaan). Kami sesungguhnya dapat melihat dan merasai mood itu,” tambahnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 February 2018 5:21 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: