Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

 McDonald’s Malaysia nafi salur bantuan ke Israel

10 DIS:  McDonald’s Malaysia kecewa dengan gesaan netizen di media sosial membuat kempen memboikot rangkaian makanan segera itu yang didakwa menyalur dana kepada Israel,

Pengarah Urusan Restoran Gerbang Alaf, Azmir Jaafa berkata syarikat itu dimiliki 100 peratus pemilikan tempatan dan pemegang saham terbesarnya adalah orang Islam.

“Bagi kami tuduhan itu adalah satu fitnah dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan pembohongan melalui media sosial dan saluran-saluran lain..

Sejak minggu lalu, netizen tidak bertanggungjawab dilaporkan menyeru orang ramai supaya memboikot restoran itu susulan Amerika Syarikat  (AS) memberi pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Tambah Azmir, sebagai rakyat Malaysia, pihaknya faham kekecewaan yang dirasai oleh umat Islam di seluruh dunia mengenai isu ini.

“Marilah kita bersatu dan tumpukan perhatian kepada perjuangan yang betul dan berdoa bagi mereka yang terjejas dengan perkembangan ini,” katanya.

Pada Rabu, pengumuman Presiden AS, Donald Trump mencetuskan protes di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 December 2017 11:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: