Kategori Ekonomi

MCM Studio dibuka di Johor

13 JAN: Sebuah taman tema tertutup dimiliki MCM Studio bakal dibuka di Johor Bahru pada suku ketiga tahun ini.

Berkeluasan 48,774.1 meter persegi dengan kos berjumlah RM260 juta, ia bakal menawarkan keseronokan secara interaktif untuk sesi keluarga.

Pengarah Kumpulan Capital World Limited, Siow Chien Fu, berkata taman tema yang terletak di Bandar Baru Uda akan menjadi antara kelima terbesar di dunia menetapkan sasaran lebih satu juta pengunjung pada tahun pertama operasinya.

“Projek Capital City adalah satu pembangunan yang luar biasa di Johor Bahru yang meliputi pusat beli-belah Capital 21, dua hotel penginapan dan pangsapuri.

“MCM Studio yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu Movie Planet (filem), Cartoon Planet (kartun) dan Music Planet (muzik) menjadi keunikan utama di setiap tiga tingkat bangunan itu, sekali gus akan memberi pengalaman berbeza dan keseronokan kepada mereka yang mengunjungnya.

“Setiap ‘planet’ membawa konsep tersendiri diyakini mampu menambah kedatangan pelancong ke Johor khususnya, sebelum langkah mempromosikan taman tema itu pada peringkat global diperluaskan,” katanya.

Chien Fu berkata demikian selepas Majlis Perasmian MCM Studio yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor, Datuk Tee Siew Kiong di Bangunan Capital City hari ini.

Katanya, MCM Studio akan memperkenalkan slot permainan kanak-kanak dan pengunjung dengan menampilkan teknologi terkini termasuk luasan realiti (augmented reality) dan maya realiti (virtual reality), selain keistimewaan persembahan secara langsung artis jemputan dalam dan luar negara.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 January 2018 9:20 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: