Kategori Berita Antarabangsa

Menantu Trump fail perceraian

16 MAC: Isteri kepada anak sulung Presiden Donald Trump memfailkan perceraian semalam di New York.

Menurut laporan media Amerika Syarikat, Vanessa Trump, 40 memfailkan perceraian tidak dicabar, yang tidak memasukkan perbalahan berhubung hak penjagaan anak dan aset.

Vanessa Trump (kiri) dan Donald Trump Jr

Bekas model itu mengahwini Donald Trump Jr, 40, pada November 2005 dan mempunyai lima anak berusia tiga dan 10 tahun.

Beberapa minggu lalu, beberapa akhbar negara itu melaporkan pasangan itu berhadapan masalah perkahwinan, merujuk kekerapan Donald Jr melakukan lawatan dan gemar melayari Twitter seperti bapanya.

Pertengahan Februari lalu, Vanessa, yang biasanya tidak mahukan perhatian media mendapati dirinya menjadi tajuk utama selepas membuka surat milik suaminya yang mengandungi serbuk putih misteri.

Serbuk itu tidak berbahaya tetapi beliau dimasukkan ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 March 2018 9:53 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: