Kategori Berita Antarabangsa

Menara Eiffel diseliputi salji tebal

7 FEB: Menara Eiffel ditutup pada petang Selasa berikutan cuaca buruk selepas salji lebat menyelimuti bahagian utara Perancis, lapor agensi berita China Xinhua.

“Berikutan keadaan cuaca yang buruk, Menara Eiffel ditutup kepada semua pengunjung kami,” kata pengurusan menara itu itu menerusi Twitter.

Berikutan itu, beberapa pengunjung dilaporkan berkumpul berhampiran monumen itu sambil bermain salji serta mengagumi rupanya.

Pakar meteorologi meramalkan salji akan bertambah lebat pada Rabu dan ketebalannya boleh mencecah 10 sentimeter.

Suhu dijangka turun pada paras serendah negatif 10 darjah Celsius.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 February 2018 8:12 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: