Kategori Berita Antarabangsa

Menteri datang lewat letak jawatan

2 FEB: Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain, Michael Bates dilaporkan meletak jawatan serta-merta selepas lewat datang ke sidang Parlimen, semalam.

Laporan akhbar tempatan UK menyebut Bates mendakwa dirinya ‘tidak mencapai standard’ kerajaan kerana datang lewat.

“Saya sangat-sangat malu kerana tidak berada di tempat yang sepatutnya pada waktu saya diperlukan.

“Jadi saya akan menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada perdana menteri dengan segera,” kata Bates.

Bates *foto) kemudian bergegas mengemas barang peribadinya dan keluar dari Parlimen.

Tindakan serta-merta Bates mengejutkan rakan daripada parti konservatif dan pembangkang.

Dalam satu rakaman, beberapa ahli Parlimen lain dirakam menjerit ‘Jangan!’ ketika Bates menyuarakan hasrat peletakan jawatannya.

Dalam kejadian tersebut, Bates sepatutnya tiba di Parlimen pada jam 3 petang untuk menjawab soalan yang dijadualkan.

Disebabkan lewat beberapa minit, seorang ahli Parlimen lain, John Taylor terpaksa menjawab soalan berkenaan.

Bagaimanapun, jurucakap perdana menteri, Theresa May dilaporkan menolak peletakan jawatan Bates kerana ia hanya kesalahan kecil.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 February 2018 10:15 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: