Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Menteri Kewangan Sarawak hormati keputusan mahkamah

17 JUN: Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh enggan mengulas susulankeputusan mahkamah mengekalkan Dr Ting Tiong Choon sebagai ADUN Pujut.

“Saya bukanlah seorang peguam.

“Mahkamah sudah membuat keputusan dan kita menghormati keputusan itu,” katanya dalam satu kenyataan, Sabtu.

Soon Koh (foto) membentangkan usul itu di Dewan Undangan Negeri pada 12 Mei lalu atas kapasitinya sebagai menteri kerajaan negeri dan anggota kabinet untuk melucutkan keanggotaan Tiong Choon sebagai ADUN.

Menurutnya, usul yang dibuat beliau itu bukan dilakukan mengikut kemahuan sendiri.

“Oleh itu sebelum menentukan tindakan selanjutnya,  saya perlu mendapat pandangan ketua menteri dan peguam besar negeri,” kata ADUN Bawang Assan.

Bagaimanapun, pada hari ini, Mahkamah Tinggi Kuching membuat keputusan menolak keputusan Dewan Undangan Negeri Sarawak terdahulu itu dan mengekalkan wakil rakyat DAP sebagai ADUN Pujut yang sah.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 June 2017 7:33 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: