Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Menteri nasihat nelayan jangan demonstrasi

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, kemeteriannya tidak akan menarik balik atau menghentikan peraturan penggunaan saiz mata keroncong pukat tunda melebihi 38 milimiter (mm) yang dikuatkuasaan 1 November lalu.

Tegasnya, beliau tidak akan tunduk kepada desakan segelintir nelayan yang membantah peratuan tersebut apatah lagi merancang mengadakan demonstrasi di pelabuhan atau jalanan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

ismailsaberi“Mereka sepatutnya menyuarakan permasalahan itu secara baik dan bukannya mengadakan demonstrasi. Kalau nak jumpa saya, tak payah nak ugut saya dengan demonstrasi. Saya orang yang senang untuk bejumpa. Saya boleh berjumpa dengan mana-mana persatuan nelayan, tetapi jangan bawa kes ke jalanan,” katanya dalam sidang media pada Khamis.
Ismail Sabri berkata, peraturan saiz mata keroncong 38mm telah diletakkan sebagai syarat lesen pukat tunda sejak 1982, tetapi ditangguhkan penguatkuasaannya kerana terdapat bantahan daripada nelayan dan status sumber perikanan masih baik ketika itu.

“Cukuplah nak mogok, cukuplah nak protes. Selama mana pun mereka nak mogok kita tidak akan tunduk,” katanya.
Menurut beliau, kerajaan menguatkuasakan penggunaan pukat tunda yang lubang jaringnya melebihi 38mm bagi menyelamatkan benih ikan laut daripada pupus.

Menurutnya meskipun nelayan terlibat masih tidak turun ke laut kerana membantah penguatkuasaan itu, kementerian akan tetap bekerjasama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia supaya larangan itu dipatuhi.

“Daripada segi tangkapan ikan, jika menggunakan mata keroncong kecil pun, jumlah hasil tangkapan tidak ada kurangnya. Malah ianya lebih baik sebab mata 38mm ke atas boleh tangkap ikan yang lebih besar,” katanya. – 7/11/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 November 2013 5:40 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: