Kategori Berita Utama

Menteri perjelas isu ijazah palsu

Tindakan ahli parlimen DAP Kuching, Chong Chieng Jen mendakwa kononya ada menteri mempunyai ijazah yang tidak diiktiraf mengundang rasa tidak puas hati menteri berkenaan.

 
Datuk Richard Riot Jaem ketika mahu menjawab soalan berkaitan Kementerian Sumber Manusia menggunakan platform tersebut bagi menjelaskan didakwa parlimen pembangkang terbabit.

“Ijazah saya tidak palsu…saya mendapat ijazah dari Kuala Lumpur Infrastructure University College (KLIUC) pada Julai 2013.

richardriot

“Saya tidak akan terlalu emosi, tetapi kalau kawan saya dari bandar Kuching tidak menunjuk jari kepada saya, saya tidak akan menjawab,” ujarnya.

Beberapa ahli Parlimen pembangkang kemudian mendesak supaya Richard menjawab berkaitan kementeriannya yang bangkitkan ahli Parlimen Gerik Datuk Hasbullah Osman.

Bagaimanapun, Richard terus memjelaskan isu ijazah dimilkinya sehingga mengundang kekecohan dan menyebabkan terpaksa ditenangkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee.

“Datuk yang Di Pertua minta maaf, kalau ada pihak yang menuduh saya, saya perlu pertahankan diri,” jelas beliau setelah ditenangkan oleh Ronald.

Terdahulu, ahli Parlimen DAP Serdang, Dr. Ong Kian Ming dalam sesi soal jawab mendedahkan ahli Parlimen Serian, Datuk Richard Riot dan Ahli Parlimen Ranau, Datuk Dr Ewon Ebin mempunyai ijazah dari institusi yang diragui dan meminta kerajaan menyatakan tindakan yang boleh diambil ke atas mereka yang menggunakan ijazah palsu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam jawapannya memberitahu tiada tindakan yang boleh dilakukan jika seseorang itu mendapat ijazah daripada universiti tidak diakreditasi dan digunakan ijazah itu untuk kegunaan peribadi. – 2/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 October 2013 6:51 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: