Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pelajar luar bandar mampu bersaing

Pelajar-pelajar luar bandar kini mampu bersaing dengan mereka di bandar daripada segi syarat dalam mencapai merit atau meritokrasi bagi layak ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).pelajar

Timbalan Menteri Pelajaran P.Kamalanathan berkata, walaupun ada jurang antara bandar dan luar bandar tetapi pencapaian pelajar luar bandar sudah setara.

Malah katanya, ramai pelajar luar bandar layak ke IPTA  dengan syarat atau penentuan ikut merit yang ada.

Beliau menjawab soalan tambahan ahli Parlimen Tasek Gelugor, Sahabudin Yahya yang mahu tahu sama ada sistem meritsahabudinyahaya ini boleh memberi ruang sama rata kepada pelajar luar bandar layak ke IPTA.

Sahabudin juga ingin penjelasan Kementerian Pelajaran berhubung pelaksanaan meritokrasi jika dibuat mengikut taburan negeri atau geografi.

Menurut Kamalanathan, beliau bersetuju pendapat Tasek Gelugor supaya ada kajian pencapaian meritokrasi berdasarkan taburan ikut negeri.

Beliau bagaimanapun akan memberikan perincian itu kepada Sahabudin. – 2/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 October 2013 4:15 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: