Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Mersing, Kota Tinggi, Segamat dilanda banjir

1 JAN: Seramai 234 orang daripada 63 keluarga di daerah Kota Tinggi, Mersing dan Segamat dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara selepas rumah mereka ditenggelami banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan, Penerangan dan Pendidikan negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata hujan lebat lebih dua jam membabitkan Kampung Bukit Raja, Kota Tinggi dengan pusat pemindahan dibuka mulai jam 9 pagi tadi.

Katanya, semua 10 orang daripada tiga keluarga dari kampung itu dipindahkan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Ramunia.

Beliau berkata, banjir di Mersing membabitkan kawasan Air Papan dan beberapa kampung termasuk Kampung Tanjung Genting, Tenglu Besar, Kelantan dan Semanyir, Endau, Air Tawar serta Taman Nakhoda membabitkan 173 orang daripada 46 keluarga.

“Pusat pemindahan Balairaya Taman Nakhoda, Mersing, dibuka pada jam 1.45 petang tadi, diikuti SK Air Papan (4.15 petang); SK Tenglu (4.30 petang); Balairaya Serbaguna Kampung Benaung (4.45 petang) dan Pertubuhan Peladang Kawasan Endau (5.20 petang),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ayub berkata, seramai 51 mangsa daripada 14 keluarga Orang Asli di Kampung Segamat Kecil, dekat Labis turut dipindahkan ke balai raya di kampung itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 January 2018 9:11 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: