Kategori Berita Antarabangsa

Mesir buka pintu sempadan Rafah

20 NOV: Mesir membuka sempadannya dengan Gaza selepas memetrai perdamaian dengan Hamas yang memberi kawalan kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA).

Pegawai Palestin di sempadan Rafah memberitahu lintasan itu yang ditutup sejak Ogos lalu akan dibuka selama tiga hari bermula kelmarin.

“Lintasan sempadan itu dibuka untuk kes kemanusiaan berdaftar kementerian dalam negeri,” katanya.

Difahamkan, sehingga 20,000 penduduk Gaza memohon memasuki Mesir dan 10 bas melintasi sempadan dalam tempoh empat jam sejak pembukaannya.

Di bawah Perjanjian Damai Palestin dicapai bulan lalu, Hamas bersetuju menyerah kuasa sivil kepada PA bermula 1 Disember dan sebagai langkah pertama memberi kawalan lintasan sempadan berkuatkuasa 1 November lalu.

Perjanjian ditaja Mesir itu, dijangka membawa kepada pembukaan lintasan Rafah secara lebih kerap.

Menteri Perumahan dan Kerja Awam Gaza, Mufeed al Husayneh berkata, langkah itu ‘kerja pertama’ kerajaan perpaduan nasional.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 November 2017 10:13 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: