Kategori Berita Antarabangsa

Messi bersalah tipu cukai

25 MEI: Mahkamah Agung Sepanyol mengekalkan keputusan mahkamah Barcelona yang menjatuhkan hukuman sehingga 21 bulan penjara terhadap Lionel Messi dan bapanya kerana penipuan dalam cukai.

Pemain antarabangsa Argentina itu dan bapanya, Jorge Horacio Messi, dituduh menipu cukai berjumlah €4.1 juta (RM19.65 juta)  antara 2007 dan 2009.

Memetik Agensi, Mahkamah Barcelona mendapati dia bersalah atas kesalahan itu pada 2016 dan berikutan rayuan, Mahkamah Agung  mengekalkan keputusan asal.

Denda 2 juta euro (RM9.58 juta) yang dikenakan terhadap Messi dalam perbicaraan, tahun lalu turut dikekalkan.

Bagaimanapun hukuman terhadap bapanya dikurangkan kepada 15 bulan berikutan pemain itu membayar semula jumlah wang yang ditipu dengan memulangkan sebahagian daripada wang kepada pihak berkuasa.

Messi dan bapanya dijangka tidak akan dipenjara.

Di bawah undang-undang Sepanyol, melainkan jika terdapat kesalahan terdahulu, hukuman penjara kurang dari dua tahun sering digantung mengikut budi bicara mahkamah, seperti yang dijangka berlaku di sini.

“Saya berdedikasi untuk bermain bola sepak,” Messi memberitahu mahkamah Barcelona sebelum ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 May 2017 10:03 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: