Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Mesyuarat tertutup Taib dan Zahid cetus tanda tanya

10 FEB : Walaupun pilihanraya negeri Sarawak kemungkinsn tidak diadakan dalam isu peletakkan jawatan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud tetapi taklimat tertutup beliau bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Wisma Bapa Malaysia di Kuching, Isnin terus jadi tanda tanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Presiden Parti Rakyat Sarawak Tan Sri James Jemut Masing, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak Tan Sri Peter Chin Fah Kui dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

prksarawakMengikut jadual awal yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) minggu lepas, taklimat tertutup yang dibuat di Pejabat Ketua Menteri itu berkaitan pilihan raya negeri ke-11.

Namun seorang pegawai KDN yang datang bertemu media memaklumkan perjumpaan itu hanya kunjungan hormat terhadap Taib dan tiada sidang akhbar akan dibuat.

Hampir 30 wartawan media cetak dan elektronik yang mula berkumpul di Wisma Bapa Malaysia sejak 9.30 pagi tidak dibenarkan memasuki kawasan bangunan itu dan hanya menunggu di pintu pagar masuk utama bangunan.

Ikut jadual, Zahid hadir kedatangan Ahmad Zahid ke Sarawak adalah  menerima pingat daripada kerajaan negeri di Astana Negeri.

Manakala pada sebelah petangnya pula, beliau memberitahu Ahmad Zahid akan menghadiri Hari RELA Kebangsaan di sini.

Selain itu, menurutnya lagi, kemungkinan Ahmad Zahid akan datang semula ke Sarawak pada 14 Februari ini untuk majlis penyampaian pingat kepada pesara dan bekas polis yang julung kali diadakan.

Penggal DUN Sarawak hanya tamat 20 Jun 2016 dan hanya pilihanraya kecil akan diadakan di DUN Balingian sekiranya Taib dilantik sebagai Yang di Pertua Negeri Sarawak.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 February 2014 12:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: