Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Meteorologi nafi suhu turun 17 darjah celsius

13 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia menafikan mengeluarkan maklumat berhubung penurunan suhu sehingga 17 darjah celsius yang tular di media sosial.

Dalam satu kenyataan, jabatan itu berkata suhu minimum yang direkodkan hari ini ialah 21 darjah Celsius di Mersing dan Kuala Pilah manakala kawasan-kawasan lain merekodkan suhu minimum sekitar 22 darjah Celsius yang lazim berlaku pada awal pagi.

“Keadaan ini berlaku berikutan cuaca mendung, hujan berterusan dan pergerakan angin sejuk monsun timur laut yang dijangka berterusan sehingga Ahad ,” kata jabatan itu hari ini.

Pada masa sama, jabatan itu turut menasihati orang ramai mendapatkan maklumat sahih berkaitan cuaca menerusi laman sesawangnya di www.met.gov.my atau aplikasi mudah alih (myCuaca), laman Facebook malaysiamet, Twitter @malaysianmet dan talian 1 300 22 1MET (1638).

Terdahulu, maklumat yang tular itu mendakwa berdasarkan ‘Info Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia’ seluruh negara mengalami penurunan suhu  dengan Tawau mencatatkan suhu terendah pada 17.6 darjah Celsius serta menasihati orang ramai memakai baju tebal pada malam ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 January 2018 8:37 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: