Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

MH17: Waris tarik balik saman

2 MEI: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) berjaya mencapai penyelesaian diluar mahkamah dengan waris MH17 warga Australia berhubung kehilangan empat anggota keluarga mereka dalam tragedi pesawat berkenaan ditembak jatuh pada 2014.

Pasangan Anthony dan Marite Maslin memfailkan saman ke atas syarikat itu pada tahun lalu selepas kehilangan tiga orang anak mereka, Mo, 12, Evie, 10, dan Otis, 8, serta bapa Marite, Nick Norris.

“Kami mengesahkan ia mencapai penyelesaian dengan keluarga Maslin dan oleh itu saman tersebut  sudah ditarik balik.

“MAS bagaimanapun tidak akan mendedahkan sebarang butiran lanjut mengenai saman itu atau butiran penyelesaiannya bagi menghormati privasi keluarga berkenaan,” kata MAS dalam satu kenyataan, Selasa.

Berikutan itu, Maslin adalah waris pertama dari Australia yang mencapai penyelesaian dengan MAS.

Pada 17 Julai 2014, Penerbangan MH17 ditembak jatuh di wilayah Donetsk timur Ukraine serta mengakibatkan 298 penumpang dan anak kapal termasuk 44 rakyat Malaysia serta 38 rakyat Australia terkorban.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 May 2017 5:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: