Kategori Berita Utama

MH370: 40 kakitangan DCA bantu siasatan bukan disiasat

24 MAC :Kakitangan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) yang dipanggil polis berhubung kehilangan pesawat MAS MH370 adalah untuk membantu siasatan kes itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kakitangan DCA berkenaan bukanlah disiasat seperti yang didakwa.

“Ia bukan siasat tetapi pihak polis mencari maklumat. Saya kena membetulkannya.Persepsi siasatan itu tidak dilakukan terhadap pegawai DCA tetapi untuk memperoleh maklumat.,’ katanya selepas melawat IPD Seri Alam, Johor Bharu.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid Menteri Dalam Negeri

Ahmad Zahid…perbetulkan bahawa mereka bantu siasatan

 

Menurut  Ahmad Zahid, polis perlu menemu bual semua pihak yang boleh memberikan maklumat tambahan kepada siasatan yang sedang dilakukan. Laporan berita sebelum ini menyebut 40 kakitangan DCA yang bertugas sejak hari kejadian pada 8 Mac itu disiasat polis berhubung kehilangan pesawat MH370.

Ahmad Zahid berkata, dengan penjelasan itu, media tempatan dan media luar negara akan mengetahui prosedur perolehan maklumat yang dijalankan polis.

“Saya tidak mahu adanya pandangan yang serong terhadap kakitangan-kakitangan DCA kerana tujuan polis adalah baik untuk mendapat maklumat tambahan sahaja,” kata beliau.

Ketika ditanya sama ada agensi-agensi lain yang berkaitan akan turut dipanggil untuk membantu siasatan, beliau berkata ia bergantung kepada maklumat yang diperoleh polis.

“Tentunya secara operasi, mereka akan membantu siasatan supaya maklumat-maklumat tambahan ini dapat memperkukuhkan hasil siasatan sekali gus membantu mencari punca kehilangan pesawat MH370,” katanya. – bnbbc.my

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 March 2014 5:16 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: