Kategori Berita Utama

MH370 : Ada MP pembangkang tak sehaluan dengan Kit Siang

20 MAC : Beberapa ahli  parlimen pembangkang tidak sehaluan dengan pendirian Lim Kit Siang dalam isu taklimat oleh kerajaan berhubung isu kehilangan pesawat MH370.

Sungguhpun Lim dalam kenyataannya pada Rabu menegaskan tidak perlu taklimat yang sudahpun  diberikan kepada Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), ahli parlimen DAP Kulai dan Teo Nei Ching dan ahli parlimen PAS  Dr Mohd Hatta Md Ramli mendesak supaya taklimat sama diberikan kepada pembankgkang.

lim kit malamPenasihat DAP itu sebelum ini memberi alasan tidak perlu taklimat oleh Kementerian Pengangkutan  kerana mengganggap tiada perkembangan baharu yang akan mereka perolehi.

Teo dan Dr Hatta aberkata adalah tidak wajar kerajaan yang hanya berkongsi maklumat mengenai kehilangan MH370 dengan semua anggota BNBBC.

Peliknya, Lim yang juga ahli parlimen Gelang Patah juga menukar pendiriannya semalam apabila menyokong ahli parlimen DAP Seremban, Loke Siew Fook yang mahu speaker  meluluskan usul penubuhan Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai insiden MH370.

Sebelum ini, speaker menolak usul itu dibahaskan.

Lim yang mencelah perbahasan Loke Siew, seolah-olah mengejek  kononnya Dewan Rakyat tidak prihatin dengan masalah besar yang melanda negara ketika ini.

Bagaimanapun, tindakannya ditegur oleh Timbalan Speaker Dewan, Datuk Ismail Mohamed Said.

Disini jelas pendirian tidak tetap yang dipamerkan oleh parti pembangkang yang boleh berubah-ubah.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika sesi soalan lisan memberitahu Dewan Rakyat , beliau bersedia mengatur taklimat kepada ahli-ahli parlimen pembangkang yang ingin tahu m,engenai MH370.

“Jika ahli parlimen pembangkang mahu taklimat atau sebarang penjelasan daripada pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bolehlah memohon dengannya. Tidaklah perlu terus memekak di dalam sidang Dewan Rakyat ini,” katanya-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 March 2014 2:19 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: