Kategori Uncategorized

MH370: Agensi risikan, CT, FBI siasat empat guna pasport palsu

9 MAC: Daripada dua orang, kini empat penumpang Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang sejak hilang awal pagi Sabtu disahkan mengguna pasport palsu.

Sehubungan itu agensi-agensi perisikan, Unit Anti Pengganas (CT) dari semua negara terbabit serta Biro Penyiasatan Pusat (FBI) Amerika Syarikat (AS) kini akan melakukan siasatan secara bersama.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, perkembangan lanjut mengenai empat penumpang terbabit akan didedahkan dari semasa ke semasa selepas siasatan dijalankan.

Kerajaan AS juga dilapor akan menghantar beberapa ejen dan pakar FBI negara itu untuk membantu siasatan misteri kehilangan pesawat MAS jenis Boeing 777-200 itu.

Menurut akhbar Los Angeles (LA) Times, ejen FBI berkenaan akan membantu meneliti rakaman imej setiap penumpang MH370 menerusi rakaman video di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menggunakan pangkalan data anti-keganasan.

Seorang pegawai kanan penguatkuasa undang-undang di Washington berkata, penumpang keempat yang digambarkan sebagai seorang bayi yang turut berada di dalam pesawat itu dipercayai warga negara AS.

“Senarai tersebut membolehkan kami terlibat dalam kes ini. Namun buat masa ini apa yang berlaku merupakan satu yang misteri.

“”Bagaimanapun dua penumpang yang menggunakan pasport curi belum cukup membuktikan kes kehilangan pesawat MH370 mempunyai kaitan dengan aktiviti keganasan,” kata pegawai itu.-bnbbc.my

US-VIETNAM-MALAYSIA-AVIATION-ACCIDENT

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 March 2014 12:12 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: