Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

AS bantu peralatan, tambah AS$1.5 juta peruntukan

22 MAC: Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu mengesahkan sudah menerima permintaan Malaysia agar negara itu memberi bantuan dari segi peralatan pemantauan dasar laut bagi mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

John Kirby

John Kirby

Setiausaha Akhbar Pentagon, Laksamana Muda John Kirby berkata, permintaan itu disuarakan dalam perbualan telefon antara Setiausaha Pertahanan AS, Chuck Hagel dengan Menteri Pertahanan yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Dalam kenyataannya, Kirby berkata, Pentagon sudah membelanjakan AS$2.5 juta dalam menggerakkan aset miliknya terdiri daripada kapal dan pesawat bagi misi SAR MH370 dan akan mengeluarkann peruntukan tambahan sebanyak AS$1.5 juta lagi untuk tujuan yang sama.

130314-D-TT977-257

Chuck Hagel
Setiausaha Pertahanan AS

Agensi berita Associated Press (AP) melaporkan, Hagel berjanji untuk membantu dari segi sokongan kemudahan teknologi dasar laut yang dimiliki tentera AS bagi membantu misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat jenis Boeing 777-200ER milik MAS yang sudah hilang masuk hari ke 15.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 March 2014 9:00 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: