Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Empat isyarat detik petunjuk paling meyakinkan

7 APR: Empat isyarat detik elektronik yang dikesan oleh kapal Australia dan China merupakan petunjuk positif dalam operasi mengesan kotak hitam pesawat Malaysia Airlines MH370, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Perkembangan terbaru membabitkan pengesahan isyarat detik (pulse signal) adalah petunjuk paling meyakinkan setakat ini,” katanya pada sidang media harian perkembangan misi mencari MH370 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, petang Isnin.

Beliau berkata dengan pengesanan isyarat tersebut maka banyak langkah perlu dilakukan untuk mendapatkan petunjuk seterusnya.

Hamzah Hisham Aziz“Pagi ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercakap dengan Perdana Menteri Australia mengenai isyarat detik yang dikesan oleh kapal tentera laut Australia Ocean Shield.

“Berdasarkan maklumat yang diterima maka kita berharap akan ada perkembangan positif mengenai pencarian kotak hitam MH370 dalam masa terdekat ini,” katanya.

Pasukan mencari dijangka menjejaki isyarat denyut yang dikesan empat kali oleh dua kapal beberapa hari lepas, yang mana pihak berkuasa masih belum dapat mengesahkan sama ada isyarat itu dari kotak hitam pesawat itu.

Kapal Australia, Ocean Shield, dan kapal China, Haixun 01, mendakwa mengesan isyarat itu dengan frekuensi 37.5 kHz, sama seperti isyarat yang dipancarkan oleh kotak hitam.

Menjawap soalan sama ada terdapat tanda-tanda kemungkinan ada penumpang MH370 yang terselamat, Hishamuddin berkata berdasarkan gambar-gambar imej yang dicerap satelit, mahupun misi SAR di kawasan carian, belum kelihatan sebarang imej mangsa sama ada  yang terselamat mahupun tidak.

Meskipun begitu beliau tetap berharap akan berlaku keajaiban dan meminta semua rakyat Malaysia tidak berhenti berdoa.

“Namun saya masih mengharapkan keajaiban terjadi dan kita akan terus berdoa,” katanya.

Misi mencari pesawat MH370 yang hilang memasuki hari ke-31 pada Isnin.

Ia membabitkan 12 pesawat dan 14 kapal yang menerokai kawasan seluas 234,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.

Sementara itu‎ dalam sidang media yang sama, Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, urusan membawa waris penumpang ke Perth, hanya akan dilakukan selepas objek atau serpihan yang disahkan daripada MH370 dijumpai.

“Kami masih belum tetapkan tarikh itu namun memutuskan selagi serpihan pesawat tidak ditemui maka tidak akan menghantar waris ke Australia.

“Dan selain itu juga kita akan mengenal pasti waris sebenar yang akan pergi ke sana,” katanya.

‎Minggu lalu, Hamzah dalam sidang medianya menolak tuntutan waris penumpang China supaya Malaysia meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan mengelirukan berhubung nasib 239 penumpang dan anak kapal yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pengumuman pada 24 Mac lalu hanya mengumumkan bahawa penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi berdasarkan analisis data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK.-bnbbc.my

Ocean Sheild behind

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 April 2014 8:05 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: