Kategori Semasa/Laporan Sidang ParlimenUncategorized

Kapal selam tanpa pemandu dihantar ke dasar Lautan Hindi

8 APR: Misi mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 pada Selasa memasuki fasa pencarian di bawah permukaan air dengan kru pasukan carian buat pertama kali menghantar sejenis kapal selam kecil tanpa pemandu ke dasar Lautan Hindi bagi cuba menentukan sama ada isyarat denyutan yang dikesan China dan Australia datangnya dari kotak hitam pesawat MH370.

Menurut Pemangku Perdana Menteri Australia, Warren Truss, anak kapal Ocean Shield akan melancarkan kenderaan itu iaitu Bluefin 21 hari ini.

Warren Truss Pemangku PM Australia

Warren Truss
Pemangku PM Australia

Truss yang memangku jawatan itu ketika Tony Abbott berada di luar negara berkata, kapal selam kecil itu berupaya melakar peta sonar di kawasan sasaran bagi mengesan sebarang serpihan di dasar laut.

Jika peta itu melakar kawasan serpihan, anak kapal akan menggantikan sistem sonar itu dengan kamera bagi merakamkan gambar sebarang bangkai pesawat.

Sementara itu, menurut satu kenyataan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC), Kapal ADV Ocean Shield ketika ini berada di utara kawasan carian manakala kapal China, Haixun 01 dan sebuah lagi kapal Australia, HMS Echo berada di bahagian selatan bagi terus mengesan bunyi isyarat berkenaan.

Ketua Penyelaras JACC, Angus Houston berkata, pencarian yang sudah masuk sebulan kini berada pada peringkat yang kritikal memandangkan bateri kotak perakam data penerbangan dipercayai telah mati.

Kapal Ocean Sheild yang mengesan isyarat denyutan menyamai isyarat dari kotak hitam pesawat semalam juga tidak mengesan aapa-apa isyarat lagi hari ini, kata Houston.

Pada hari ini 28 aset yang dikerah ke kawasan carian baharu membabitkan 11 pesawat tentera, tiga pesawat awam dan 14 buah kapal.

Bluefin 21

Bluefin 21

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) pula menyatakan, pencarian hari ini meliputi kawasan seluas 77,580 kilometer persegi di kedudukan 2,268 km ke barat daya Perth.

Pad Isnin, kapal Ocean Shield mengesan dua bunyi isyarat akustik denyutan selepas mengesan isyarat itu kali pertama pada Ahad, manakala Haixun 01 pula mengesan dua isyarat pada Jumaat dan Sabtu.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, 8 Mac dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika di ruang udara Laut China Selatan.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 April 2014 11:00 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: