Kategori Berita Utama

FBI bantu krisis bukan campur tangan

21 MAC: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak melihat penglibatan beberapa negara khususnya agensi Amerika Syariikat (AS), Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dalam siasatan kehilangan MH370 sebagai satu campur tangan.

KHALID

KHALID

Sebaliknya Khalid menegaskan, perkara itu merupakan bantuan kepada pihak berkuasa Malaysia untuk merungkai misteri dan punca kehilangan pesawat jenis Boeing 777-200ER milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang sudah hilang masuk hari ke 14.

Menurut, Khalid, kerjasama seumpama itu di peringkat  antarabangsa adalah amalan biasa dan semua yang terbabit tahu had serta batasan bidang kuasa agar tidak bertindak sehingga menggugat kedaulatan atau soal keselamatan mana-mana negara.

FBI meningkatkan usaha dengan menganalisis data daripada simulator penerbangan yang dirampas dari rumah juruterbang pesawat Kapten Zaharie Ahmad Shah minggu lalu.

Malaysia sudah menyerahkan data elektronik yang diperolehi daripada cakera keras simulator Kapten Zaharie dan juga media elektronik yang digunakan oleh pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid, kata seorang penguatkuasa undang-undang Amerika, semalam.

Sementara itu, Indonesia sudah mengeluarkan 49 kebenaran terbang di ruang udaranya untuk pesawat-pesawat dari tujuh negara yang terbabit dalam misi mencari pesawat MH370 yang hilang selepas tumpuan mencarinya beralih ke Lautan Hindi.

Heli Fennec diguna TLDM dalam SAR MH370“Berikutan pencarian untuk pesawat MH370 yang hilang bertukar ke koridor selatan yang meliputi kawasan Indonesia, kami setakat ini telah memberi 49 kebenaran terbang untuk pesawat asing melalui wilayah kami,” kata Kementerian Luar Indonesia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.

Pesawat asing itu adalah dari Australia, Amerika Syarikat, Jepun, Malaysia, New Zealand, Korea Selatan dan Emiriyah Arab Bersatu.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 March 2014 12:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: