Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

MH370: Pasukan Malaysia bertemu penyiasat Perancis

3 OGOS : Penyiasat Malaysia mengadakan pertemuan dengan pegawai Perancis di Palais de Justice, Paris berhubung perkembangan terbaru pesawat MH370.

Pasukan lima anggota diketuai Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman tiba palais de justicehampir jam 1200 GMT dan memaklumkan bahawa kenyataan akan dikeluarkan sebaik pertemuan berakhir.

Mereka dijadual bertemu pasukan yang mengetuai siasatan Perancis termasuk hakim, sekumpulan pakar dan polis tempatan.

Perancis ketika ini mengetuai fasa siasatan setelah serpihan pesawat ditemui di kawasan pantai pulau milik negara itu, La Reunion minggu lalu.

Kepak sayap sepanjang dua meter itu sudah disahkan sebahagian daripada pesawat Boeing 777, dan hampir pasti datangnya dari pesawat malang Penerbangan Malaysia lantaran tiada pesawat model sama diketahui terhempas di team malaysia mh370kawasan terbabit.

Kehilangan penerbangan MH370 mencetuskan misteri dunia aviasi sejak gagal dikesan radar pada 8 Mac 2014 sewaktu penerbangan dari Kuala Lumpur menuju Beijing, China.

Susulan itu, gerakan besar-besaran membabitkan pasukan antarabangsa digerakkan untuk mengesan pesawat malang itu namun masih tiada jawapan sehingga ke hari ini.

Kerajaan Malaysia pada Januari mengisytiharkan kesemua 239 penumpang dan anak kapal MH370 terkorban dalam kemalangan udara.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 August 2015 11:04 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: