Kategori Tragedi MH370

MH370: Tuduhan media antarabangsa tidak benar

27 MAC: Tuduhan media antarabangsa yang Malaysia menyalurkan maklumat tidak tepat berkaitan insiden kehilangan pesawat MH370 adalah tidak benar.

Malah, 26 negara terbabit operasi mencari dan menyelamat pesawat itu membuktikan meeka  percaya dengan maklumat dan cara Malaysia mengendalikan insiden berkenaan.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, apabila insiden MH370 berlaku mungkin ada orang mencari alasan dan cuba mencari pihak untuk dipersalahkan.

“Tumpuan tentu pada Malaysia dan syarikat penerbangan kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 peringkat Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di Kompleks Angkasapuri di ibu negara, Khamis.

Akta Multimedia dan Akta Fitnah sudah memadai bagi bendung penyalahgunaan laman sosial.

Shabery

Beliau mengulas laporan media asing yang cuba menyalahkan kerajaan berhubung penyaluran maklumat berhubung tragedi MH370 dan golongan selebriti Cina yang mengancam untuk memboikot produk komersial dan pelancongan Malaysia ekoran insiden itu.
Ahmad Shabery berkata perbezaan sistem komunikasi dan ketelusan sesebuah kerajaan dalam menyalurkan maklumat di negara terbabit mungkin menyebabkan timbulnya tuduhan menyalahkan kerajaan Malaysia dalam insiden itu.

“Misalnya dalam negara kita apa saja yang ditanya kita buat (jawab) secara terbuka dan ia tersebar di laman sosial seperti Facebook dan Twitter, ini berbeza dengan negara berkenaan yang tiada sistem sama seperti kita.
“Jadi sudah tentu timbul tanggapan bahawa ada konspirasi kita (kerajaan) menyembunyikan fakta, dalam konteks ini masih ada lagi yang percayakan teori tidak berasas yang digembar-gemburkan sama ada oleh media asing ataupun orang dalam negara kita,” katanya.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan di Parlimen semalam, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap media tempatan yang memanipulasi  insiden MH370 termasuk memainkan sentimen kaum bagi membangkitkan kemarahan keluarga mangsa penumpang.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 March 2014 4:56 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: