Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

MIC juga tentang cadangan Karpal

Parti yang mewakili kaum India MIC turut menolak cadangan  Karpal Singh untuk menghapuskan parti yang ditubuhkan berasaskan agama dan kaumi.

Menurut Ahli Majlis Mesyuarat Tertinggi MIC S. P Manivasagum, apa yang lebih penting adalah untuk mengekalkan sikap saling menghormati sesama agama mahupun kaum yang sudah terhasil sejak kemerdekaan.

Tambahnya lagi, Malaysia adalah sebuah negara yang unik berdasarkan kepelbagaian kaum dan agama sekaligus faktor utama menolak cadangan Karpal yang tidak relevan itu.

“Kalau negara Eropah mungkin bersesuaian kerana dari segi etnik, kebanyakan daripada orang Eropah mungkin ada satu pilihan keagamaan yang tertentu. Di Malaysia kita ada berbilang pendapat serta kepercayaan, seharusnya  kita saling hormat menghormati adat resam dan juga pemikiran orang lain.,” katanya

miclogoMengulas cadangan ahli Parlimen Bukit Gelugor itu, katanya,  Malaysia harus mengamalkan formula yang memang telah terbukti berjaya.

“Jadi,cadangan hapuskan  parti berasaskan kaum atau agama mungkin tidak perlu pada ketika ini. Mungkin pada masa akan datang,, tetapi itu terpulang kepada keadaan yang penting bukan sekarang,” katanya.

Ketua Pemuda MIC Bahagian Jasin, Natharajah turut berkongsi pandangan yang sama dengan melihat perpaduan antara kaum adalah lebih utama daripada menghapuskan parti yang ditubuhkan berasaskan kaum.

Menurut beliau, sebagai wakil orang muda, keamanan yang dikecapi negara adalah satu nilai yang perlu dihargai dan desakan Karpal Singh  itu  tidak boleh diguna pakai.

Sebagai satu parti komponen Barisan Nasional (BN), beliau melihat penyatuan dibawah satu parti yang mengambil berat semua kaum adalah bukti terbaik yang ada buat rakyat berkenaan kejayaan dalam mencapai keamanan buat negara.

 

“Bila kita bercakap mengenai Barisan Nasional, ada banyak parti yang berasaskan agama, kasta, dunia perniagaan dan macam-macam lagi yang membentuk pelbagai dividen tetapi hujungnya terbentuk satu kumpulan ataupun satu keluarga.

 

“Ini adalah satu-satunya penyatuan yang menjadikan Malaysia kekal aman sehingga sekarang dan perkara ini adalah elemen yang paling penting. Kami dibahagikan oleh pelbagai perkara termasuk agama, komuniti, kaum dan lain-lain tetapi kami tampil sebagai Barisan Nasional.

 

“Bila kita panggil Nasional, saya adalah seorang yang nasional dan saya warganegara Malaysia dan saya dikenali sebagai orang Malaysia di dunia luar, itulah yang kami mahukan.

 

“Kita perlu tahu mana kita perlu pergi dan kemana harus kita tuju,” katanya lagi ketika ditemui di Mesyuarat Agung Tahunan MIC yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara Jumaat..

 

Karpal beberapa hari lalu mencadangkan untuk menghapuskan mana-mana parti yang ditubuhkan berasaskan agama dan kaum kononya sebagai usaha untuk membentuk konsep perpaduan yang menjadi teras negara.

 

Walau bagaimanapun, cadangan itu mendapat reaksi negatif sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PAS) walaupun cadangannya itu mendapat sokongan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

 

Dilaporkan, PAS bakal membawa isu tahaluf siayasi parti itu dengan DAP dalam muktamar tahunan yang akan berlangsung bermula 22 November ini. -9/11/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 November 2013 9:35 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: