Kategori Berita Utama

MIC: Sokongan komponen BN keperluan menang PRU

29 OKT: Barisan Nasional (BN) berkemampuan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 dalam keadaaan selesa jika kesemua parti komponen memberi sokongan sepenuhnya terhadap usaha menawan hati rakyat.

Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata adalah penting bagi setiap parti komponen BN untuk mengukuhkan kerjasama bagi memastikan usaha membela rakyat dapat diselaraskan bersama.

Memberi contoh Parlimen Segamat yang disandangnya, beliau berkata MIC memperoleh sokongan tidak berbelah bahagi daripada parti komponen seperti UMNO dan MCA dalam usaha beliau memajukan kawasan berkenaan.

“Perpaduan antara parti komponen BN di Segamat amat tinggi di mana tiada permainan politik antara kita, tiada kerja untuk rampas kerusi daripada parti komponen lain, hanya usaha kita membantu rakyat sahaja.

“Hanya dengan kerjasama ini sahaja kita mampu bergerak ke hadapan dan kemudian merancang untuk bagaimana kita boleh bantu rakyat,” katanya ketika berucap pada Rumah Terbuka Deepavali Parlimen Segamat di Taman Yayasan malam tadi.

Tambah Dr Subramniam, beliau bersama parti komponen di kawasan Segamat sedang merancang untuk membangunkan tahap sosioekonomi rakyat.

“Lebuh raya pintas antara Segamat ke Tangkak kita sudah dapat, infrastruktur mencegah banjir juga kita dapat, maka sekarang apa yang perlu kita dapatkan ialah bagaimana mahu bangunkan sosioekonomi,” katannya yang juga Menteri Kesihatan.

Dalam pada itu, Subramaniam berkata semua usaha membangunkan rakyat tidak akan menjadi kenyataan sekiranya perpaduan masyarakat berbilang kaum di Segamat dan negara ini dalam  berada keadaan rapuh.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 October 2017 10:34 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: