Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

MIC sudah serah nama calon

4 JAN: MIC sudah menyerahkan beberapa nama calon yang bakal mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Presidennya, Datuk Seri S Subramaniam, berkata Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) akan meneliti nama berkenaan sebelum mengumumkan calon yang akan bertanding pada PRU nanti.

MIC juga sudah mengadakan perbincangan bersama parti yang mewakili masyarakat India mengenai jalinan kerjasama yang boleh dilakukan termasuk dengan parti bukan komponen BN.

“Walaupun parti-parti ini bukan ahli komponen BN, sokongan mereka diambil kira justeru MIC akan meneruskan perbincangan dan bekerjasama terutamanya bagi menghadapi PRU-14.

“Pendekatan setiap parti adalah berlainan dan kami tidak perlu mengikut cara parti kaum lain kerana kami juga ada cara sendiri,” katanya ketika ditemui di Program Kembali Ke Sekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Simpang Lima, hari ini.

Sementara itu, Subramaniam berkata, seramai 5,000 murid menerima bantuan persekolahan menerusi Program Kembali ke Sekolah anjuran MIC di seluruh negara.

“Bantuan berkenaan secara tidak langsung akan mengurangkan beban ibu bapa terutamanya golongan berpendapatan rendah,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 January 2018 8:04 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: