Kategori Ekonomi

MIDA cari pelabur automotif berpotensi

12 MEI: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang berbincang dengan beberapa syarikat  autmotif yang berminat untuk melabur di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azman Mahmud berkata pihaknya sedang mencari pelabur yang berminat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pengedaran alat ganti serantau.

“Kehadiran syarikat otomotif antarabangsa seperti kumpulan BMW akan meyakinkan dan mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam pasaran otomotif serantau,” kata beliau, Jumaat.

Azman yakin lebih banyak pelaburan mampu diperoleh kerana negara mempunyai keistimewan dan kekuatannya tersendiri berbanding dengan negara jiran seperti Thailand.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci berkenaan pelabur yang dimaksudkan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 May 2017 3:40 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: