Kategori Berita Antarabangsa

Militan Kurdish lancar serangan nekad

2 OGOS : Dua anggota tentera Turki terbunuh manakala 31 yang lain cedera dalam serangan nekad militan PKK Kurdish.

Sebuah traktor sarat diisi bahan letupan dipandu melanggar balai polis tentera berhampiran pekan Dogubayezit di turki bomwilayah Agri bersempadan dengan Iran.

Traktor itu dikatakan diisi sehingga dua tan bahan letupan dan diletupkan penyerang berani mati.

Satu laporan menyebut bahawa letupan kuat itu menyebabkan beberapa rumah di kawasan perkampungan yang terletak beberapa ratus meter dari lokasi serangan turut rosak.

peta turkiBeberapa penduduk turut dilaporkan cedera.

Anggota militan turut dilapor melakukan serangan hendap di beberapa lokasi bagi menghalang pasukan bantuan tiba ke lokasi serangan untuk bantuan segera.

Agensi berita rasmi Turki melaporkan seramai 260 pejuang Kurdish telah terbunuh sejak serangan udara dilancarkan tentera Turki 24 Julai lalu di kawasan sempadan negara itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 August 2015 11:28 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: