Kategori Berita Antarabangsa

Militan serang akademi polis Somalia

14 DIS: Seramai 17  anggota polis dilaporkan terbunuh apabila seorang pengebom bunuh diri menyerang sebuah akademi polis di Somalia.

Penyerang itu bertindak menyertai anggota polis yang sedang membuat latihan berkawad, kemudian meletupkan dirinya.

Manakala 20 orang turut tercedera dalam kejadian berkenaan.

Kejadian berlaku di Akademi Polis General Kahiye.

Penyerang mensasarkan anggota polis yang sedang melakukan latihan untuk Hari Polis Somalia pada 20 Disember ini.

Menurut laporan Agensi, kumpulan pengganas al-Shabab mengaku bertanggungjawab atas serangan berkenaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 December 2017 8:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: