Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Militan warga Malaysia antara terkorban di Filipina.

26 MEI: Dua militan rakyat Malaysia dipercayai antara 13 orang yang terbunuh dalam pertempuran di Marawi, Mindanao, Filipina semalam.

Laporan The Star yang memetik sumber perisikan berkata keduanya dikenali sebagai Abdul Rahman Asmawi dari Kelantan dan Kamsa Yahya dari Kedah.

Bagaimanapun Kerajaan Malaysia belum memberikan pengesahan berkenaan identiti rakyat Malaysia yang terkorban dalam serangan itu

Menurut laporan itu lagi, seorang warga Indonesia bernama Shei Ayman Marjuki dan warga Arab Saudi, Sheik Ahmad Balkafi juga antara yang terbunuh dalam pertempuran membabitkan Tentera Filipina dan militan IS.

Sumber berkenaan tidak mendedahkan jumlah sebenar rakyat Malaysia berada di Marawi, tetapi laporan sebelum ini menyatakan bahawa bekas pensyarah Universiti Malaya Dr Mahmud Ahmad, yang juga dikenali sebagai Abu Handzalah juga berada di sana untuk membantu komander Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon mewujudkan kumpulan militan IS di rantau ini

Sebelum ini, pertempuran bermula Selasa apabila pasukan keselamatan Filipina menyerbu Marawi untuk memburu Isnilon, dan militan Abu Sayyaf yang digelar kumpulan Maute yang juga  kumpulan militan yang berikar untuk sepakat dengan IS.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 May 2017 12:46 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: