Kategori Berita Antarabangsa

Militan serang pusat latihan agensi perisikan Kabul

18 DIS: Kumpulan militan dilaporkan menyerbu sebuah pusat latihan agensi perisikan di Kabul  hari ini.

“Sekitar jam 10:10 pagi, sekumpulan penyerang bersenjata memasuki tapak pembinaan bangunan di pusat latihan NDS di Afsar, Kabul,” kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Najib Danish kepada AFP.

NDS adalah singkatan untuk Badan Keselamatan Nasional, agensi perisikan Afghanistan.

“Pertempuran masih berlaku dan kami juga sudah melancarkan operasi,” lapor AFP.

Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai jumlah kematian dan kecederaan dimaklumkan.

Kabul menjadi salah satu tempat di Afghanistan yang sering menjadi sasaran pengganas dalam negara yang baharu selesai peperangan dan menjadi tempat paling tidak selamat kepada orang awam ketika pengganas Taliban dan Kumpulan Negara Islam Syria dan Iraq (IS) memperhebatkan serangan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 December 2017 5:05 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: