Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Minta penjelasan tapi dituduh pengkhianat

25 FEB: Lebih 100 ahli Pemuda PPBM Bahagian Merbok kecewa apabila hasrat meminta penjelasan daripada kepimpinan parti mengenai pelbagai isu, dilabelkan sebagai pengkhianat parti.

Wakilnya, Mohd Adam Mohd Ali, 26, berkata tidak adil pucuk pimpinan PPBM menuduh ahli PPBM Bahagian Jerai yang membuat sidang media minggu lalu sebagai pengkhianat tanpa membuat sebarang penjelasan terhadap isu dibangkitkan.

Katanya, sebagai pelapis muda PPBM, mereka mahu pengerusi parti, Tun Dr Mahathir Mohamad dan presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawab isu dibangkitkan kerana ia menjadi satu tanda tanya kepada ahli pada peringkat akar umbi.

“Apa yang kami mahu ialah Dr Mahathir dan Muhyiddin bercakap jujur atas segala tuduhan dilemparkan kepada mereka.

“Isu kekayaan anak Dr Mahathir sehingga kini masih belum terjawab, begitu juga isu Muhyiddin yang didakwa menjadi punca kes perceraian sepasang suami isteri,” katanya pada sidang media hari ini.

Tambahnya, pimpinan di peringkat bawahan sukar memberi penjelasan kepada ahli akar umbi apabila ditanya kesahihan dakwaan dan tuduhan itu.

“Malah, tindakan pemimpin parti yang mencari masalah dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) turut mengecewakan kami.

“Sebagai ahli, kami tidak mahu PPBM diharamkan seperti UMNO diharamkan ketika Dr Mahathir menjadi presiden dulu,” katanya.

Mohd Adam berkata, mereka bersedia menerima sebarang tindakan daripada kepimpinan parti ekoran sidang media diadakan hari ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 February 2018 9:22 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: