Kategori Ekonomi

Minyak catat penurunan terbesar

7 DIS: Harga minyak mentah turun hampir tiga peratus, penurunan harian terbesar dalam tempoh lebih dua bulan, selepas kenaikan ketara dalam inventori minyak diproses Amerika Syarikat (AS).

Ini mencadangkan permintaan berkurangan, manakala pengeluaran minyak mentah AS mencecah satu lagi rekod tertinggi.

Simpanan gasolin AS menokok 6.8 juta tong dan inventori naik 1.7 juta tong, demikian menurut data kerajaan.

Data yang mengejutkan itu memberi kesan kepada harga kedua-dua minyak mentah dan produknya, kata penganalisis.

Dagangan hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) turun AS$1.66, atau 2.9 peratus, kepada AS$55.96 satu tong. Ia adalah penutup terendah sejak 16 November dan kejatuhan harian terbesar bagi WTI sejak 6 Oktober.

Penanda aras Brent pula ditutup 2.6 peratus lebih rendah, AS$1.64 satu tong kepada AS$61.22. Ia adalah paras terendah sejak 2 November.

Share This:




Berita Bertarikh pada 7 December 2017 10:50 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]