Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Misi bantuan Briged Kesatria ke Rompin

7 DIS : Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor melancarkan misi bantuan banjir oleh Briged Kesatria Muda Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan di PWTC, pagi Sabtu.

Rombongan misi itu akan berlepas ke Rompin membawa pelbagai barangan keperluan harian bernilai RM25,000 bagi membantu mangsa-mangsa banjir di sana.

Ini adalah misi bantuan pertama briged berkenaan ke Pahang yang teruk dilanda banjir sejak awal minggu.

kunanbanjir

Tengku Adnan melepaskan kenderaan misi banjir Briged Kesatria Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan ke Rompin

Bantuan itu akan diagihkan di lima daripada 20 tempat pemindahan banjir dalam masa dua hari.

Sementara itu, hujan lebat sejak malam sehingga pagi ini menyaksikan jumlah mangsa banjir di Pahang kembali meningkat kepada 38,210 orang, membabitkan lapan daerah hari ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Kuantan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 32,871 mangsa diikuti Pekan (3,464), Temerloh (839), Jerantut (519) Maran (183), Bera (117) dan Lipis (53).

Katanya, kesemua mangsa kini ditempatkan di 117 pusat pemindahan berikutan kediaman mereka dinaiki air akibat bencana itu. –bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 December 2013 1:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: