Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Misi bantuan ribut Tembin tiba

30 DIS: Kapal Diraja (KD) Kedah yang membawa misi bantuan kemanusiaan untuk mangsa ribut tropika Tembin tiba di Naval Station Romulo Espaldo, Zamboanga City, semalam.

Misi yang membawa 30 tan keperluan makanan asas itu diketuai Panglima Wilayah Laut Dua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Muda Datuk Abdul Rahman Ayob.

Rahman (tiga dari kiri) menyerahkan bantuan untuk mangsa ribut tropika Tembin (foto ikhsan TLDM).

Sempena misi itu, Abdul Rahman melakukan kunjungan hormat terhadap Commander Naval Forces Western Mindanao, Rear Admiral Rene V Medina AFP dan Commander Western Mindanao Command, Leftenan General Carlito G Galves Jr AFP.

Pertemuan itu membincangkan pelbagai perkara yang meliputi keadaan terkini mangsa ribut tropika Tembin dan aspek keselamatan di perairan selatan Filipina.

Penyerahan bantuan disampaikan Abdul Rahman kepada Ketua Pejabat Pertahanan Awam Filipina, Manuel Ochotorena dan Penolong Pengarah Wilayah, Jabatan Kebajikan Sosial dan Pembangunan Filipina, Riduan Hadjimuddin di geladak penerbangan KD KEDAH.

Ribut tropika Tembin yang melanda selatan Filipina pada 22 Disember hingga 24 Disember lalu menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh di bandar-bandar di Mindanao.

Selain kapal TLDM, misi menghantar bantuan turut menggunakan pesawat C130-Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan ia dijangka tiba hari ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 December 2017 12:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: