Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Misi Rohingya, 2 pesawat TUDM siap sedia

13 SEPT: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah bersedia dengan beberapa pesawat bagi pelaksanaan misi kemanusian membantu pelarian Muslim Rohingya di sempadan Bangladesh- Myanmar.

Tegas Panglimanya, Tan Sri Affendi Buang, pesawat Charlie C130 dan A400M diletakkan dalam keadaan bersiap sedia untuk misi menghantar bantuan bekalan jika diarah oleh kerajaan.

“Pada Sabtu lepas, misi kemanusiaan pertama dilaksana, sekarang TUDM tunggu keputusan selanjutnya daripada kerajaan bila misi seterusnya akan dibuat.

“Kami akan pilih antara dua aset ini, jika barang yang ingin dibawa banyak, sudah tentu A400M lebih sesuai,” katanya selepas melancarkan Karnival Sukan 1 Keluarga bertemakan ‘Bangkit Bersama Sukan 1 Keluarga’ di Pangkalan Udara TUDM Subang hari ini.

Sabtu lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Misi Kemanusiaan – Negaraku Prihatin, menggunakan dua pesawat A400M milik TUDM bagi misi tinjauan serta menghantar bekalan makanan seberat 12 tan kepada etnik Rohingya.

Share This:




Berita Bertarikh pada 13 September 2017 9:32 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]