Kategori Ekonomi

MITI cadang bangunkan kawasan automatif baharu

27 NOV: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bercadang membangunkan kawasan seluas 406 hektar berhampiran Proton City di Tanjung Malim sebagai kawasan perindustrian automatif baharu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata cadangan itu susulan daripada perbincangan bersama pengurusan Proton Holdings Bhd (PROTON) untuk memindahkan keseluruhan kilang ke Tanjung Malim dalam tempoh lima tahun.

“Saya akan berbincang dengan Menteri Besar Perak dalam masa terdekat untuk menyokong cadangan pembangunan itu sebagai menyokong pembangunan industri elektronik automatif.

“Saya juga mengadakan pertemuan bersama pengurusan PROTON untuk membuat keputusan, bagaimanapun kita perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri serta mendapatkan insentif untuk industri,” katanya selepas merasmikan Dialog TN50 MITI di Ipoh hari ini.

Tambah Ka Chuan, cadangan itu dibuat berdasarkan permintaan syarikat pengeluar kereta terbesar di China, Zahijiang Geely Holding Group Co Ltd (GEELY) yang mahu menghasilkan teknologi pemanduan kiri dan kanan kereta.

“GEELY di China mahu membangunkan teknologi pemanduan kiri dan kanan dalam pembuatan kereta di Tanjung Malim.

“Jadi mereka jangka apabila kilang PROTON siap sepenuhnya, mereka boleh menghasilkan 400,000 kereta, sekali gus membentuk rantaian bekalan jangka panjang kepada industri automatif,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 November 2017 6:02 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: