Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

MOA segera laksana langkah susulan bebaskan nelayan

22 NOV: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengambil langkah segera susulan persetujuan di antara pemimpin Malaysia dan Indonesia untuk membebaskan nelayan yang ditahan di kedua-dua negara berkenaan.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, keputusan yang dicapai di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia Joko Widodo pada Majlis Perundingan Tahunan ke-12 Malaysia-Indonesia di Kuching, Sarawak hari ini merupakan satu berita baik buat nelayan yang ditahan serta keluarga yang terlibat.

Perdana Menteri berkata, memandangkan kebanyakan nelayan yang ditahan adalah daripada golongan miskin sudah pastinya adalah tidak adil untuk menutup terus mata pencarian mereka.

Melalui rundingan tersebut, kedua-dua pihak bersetuju supaya nelayan-nelayan terbabit dibebaskan segera agar mereka dapat meneruskan penghidupan di tanah air masing-masing.

“Maka seharusnya hasrat kedua-dua pemimpin ini wajar direalisasikan,” katanya kepada media selepas berucap pada Majlis Makan Malam Persidangan Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia Rantau Asia, Timur dan Ocenia Kali Ke-30, malam ini.

“Kementerian akan segera mengenal pasti nelayan yang terlibat dan akan bekerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan soal tersebut kerana ia berkaitan soal keselamatan dan undang-undang di kedua-dua negara.

“Kita anggarkan seramai 16 nelayan Malaysia telah ditahan di Indonesia manakala kira-kira 100 nelayan Indonesia ditahan di negara ini buat masa ini,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 November 2017 10:28 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: