Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Modul baru khidmat negara ekoran MH370

28 MAC: Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) mengkaji wujudkan modul pembelajaran baharu berikutan insiden pesawat MH370, bagi melahirkan sukarelawan yang cekap dalam bantuan kecemasan.

Pengerusinya Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun berkata modul itu antara lain menekankan aspek kesukarelawan bagi membantu atau memberi sokongan kepada anggota keluarga yang terlibat dalam insiden seumpama itu. 

plkn“Kami akan kaji keperluan itu dahulu. Kalau apa-apa modul yang kami rasa boleh membina kekuatan jati diri, kami akan laksanakan,” katanya selepas Majlis Perjumpaan Timbalan Menteri Pertahanan Bersama Komandan-Komandan Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), pada Jumaat.

ehsanudin

Ehsanuddin

Ahli parlimen Kota Tinggi ini juga berkata jika modul baharu itu dilaksana, ia juga akan melihat kepada aspek memupuk perpaduan dan kerjasama semua pihak dalam menangani insiden seumpama itu.

Katanya melalui modul baharu yang bakal dilaksanakan MLKN iaitu ‘Malaysiaku Berdaulat’, pelatih-pelatih juga akan diberi kefahaman tentang bagaimana negara ini boleh terdedah kepada ancaman luar. 

“Bukan secara langsung kita kata negara ini terdedah kepada pengganas atau sebagainya, kami hanya bagi kefahaman kepada mereka tentang kemungkinan-kemungkinannya (ancaman),” katanya.

Noor Ehsanuddin berkata MLKN menumpukan kepada tiga aspek iaitu perpaduan, kesukarelawan dan memupuk semangat cintakan negara dalam setiap modulnya kepada pelatih-pelatih program itu.-bnbbc.my

 

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 March 2014 3:17 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: